“Percakapan antara kamu adalah amanat”
Wahai Insan yang bernama MANUSIA, Sebuah kata-kata hikmah: “LIDAH Anda Menentukan Siapa Diri Anda!”….Hari ini manusia lupa menjaga lidah, hari ini juga manusia lantang berkata-kata…tanpa usul periksa, tanpa rasa diri itu hanya ditaraf HAMBA! Bila hendak sedar??? Semakin hari semakin banyak membuat onar dan noda angkara sikap dan perangai manusia sendiri. ISLAM tidak mengajar menceritakan keBURUKkan orang di khalayak ramai, malah ISLAM menyuruh manusia menyimpan atau memelihara AIB (Malu) saudara SEISLAM. Lalu, di manakah kita sekarang? Pernah tak terfikir pepatah melayu ini….”Kerana PULUT Santan BINASA, Kerana MULUT Badan BINASA”…Pernah dengar? Ye, saya yakin ada pernah dengar namun tidak pernah ambil peduli.
Sekarang, mari kita lihat Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Rum Ayat 41 yang bermaksud:- “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Sedarlah wahai umat ISLAM…Kita Sendiri Sedar, Mengapa Umat Islam JATUH Sekarang, Angkara FITNAH Dari Saudara Sendiri. Bertaubatlah….pintu taubat Allah Masih terbuka LUAS pada hamba-Nya yang mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan. MASIH BELUM TERLEWAT, SELAGI ADA WAKTU….BERTAUBATLAH! Ini Sedikit Bingkisan kisah benar yang ingin saya kongsikan pada ANDA SEMUA…Baca dan hayati….
Beberapa minggu yang lalu, saya berpeluang pulang ke desa kerana menghadiri kenduri. Satu cara mengeratkan silaturrahim sebenarnya. Namun, apa yang terjadi…ada seorang Hamba Allah ini telah bercerita tentang keBURUKkan saudaranya sendiri. Yang lebih menyedihkan hati saya, ada tetamu yang hadir dan BUKAN saudara terdekat pada si pencerita tadi. Saya ingin menegur, namun saya mencari peluang bagaimana ingin menegur. Saya lihat tetamu yang hadir menggelengkan kepala pada si pencerita tadi namun sedar tak sedar sebenarnya si pencerita tadi telah membuka aib (malu) saudaranya kepada orang yang tak sepatutnya tahu. Dengan izin Allah, seorang dari mereka bertanya pada saya….”Wahai orang muda, apa komen kamu pada cerita ini tadi?”….Dengan tenang saya menjawab…”No Komen, AIB (malu) orang…..”, jawab saya ringkas. Semua tetamu bagaikan tersentak mendengar jawapan saya. Bukan niat untuk ‘kurang adab’ pada orang yang lebih TUA dari saya namun itulah cara yang terbaik di ajar oleh ISLAM. Ingat, “Dari BAYI Yang Kecil Sehinggalah Orang Tua Yang Besar, Kita Boleh Belajar SESUATU Dari Mereka.”
” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
Moga Sisipan ini menjadi satu wadah pada ANDA yang sudi membaca halaman saya ini. Ingatlah Wahai INSAN, Selama-lamanya KITA Tidak Akan Sempurna, Apa Yang Kita Boleh Lakukan TERUS Menjadi Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik! BERHIJRAHLAH Sebelum KIAMAT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan