Khamis, 27 Oktober 2011

APABILA LELAKI BETUL-BETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN WANITA SILA BERI PERHATIAN


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

Jumaat, 21 Oktober 2011

salam perjuangan

erm sedar tak sedar dah nak exam..cepat je masa berlalu...moga ALLAH permudahkan segalanya..dan kepada sahabat2 seperjuangan semua..ambe doakan yang terbaik untuk sahabat2 semua..

Ahad, 16 Oktober 2011

sebelum terlena

sebelum mata terlena...
dibuai malam gelita...
tafakur ku di pembaringan,mengenang nasib diriku...
yang kerdil lemah dan bersalut dosa...
mampukah aku meniti titian sirat nanti...
membawa dosa yang segunung tinggi...
terkapai ku mencari limpah hidayah mu...
agar terlerai kesangsian di hati ini...
sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini...
sebelom mata terlena...
dengarlah rintihan ini
tuhan beratnya dosa ku ini,...
tak daya ku pikul sendiri...
hanyalah rahmat dan kasih sayang mu
yang dapat meringankan..
hulurkan maghfirah mu...
andainya esok bukan milik ku lagi...
dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi...
sebelom pergi berangkat ke daerah sana...
lepaskan bebanan ini yang mencengkam jiwa dan raga ini...
selimuti diri ku...
dengan sutra kasih sayang mu..
agar lena nanti
ku mimpikan syurga yang indah abadi...
pabila ku terjaga
dapat lagi ku rasa betapa harumnya wangian syurga firdausi
oh ilahi...
di sepertiga malam...
sujud ku mempehamba diri...
akan ku teruskan pengabdian ku pada mu...
oh ilahi...

Nasyid oleh Hijjaz - Pesona Cinta

Dunia Yang Sepi - Hijjaz.wmv

Sabtu, 15 Oktober 2011

Hijjaz-Kawan

salam

fuhh..lega..baru balik dari perkemahan kelana siswa anjuran kolej universiti insaniah...program yang menyeronokkan.tapi sedikit keletihan...sekurang2nya aku dapat menghilangkan rasa stress yang ade dalam kepale aku ni..time kasih jugak pada ajk2 yang terlibat yang memberi kerjasama yang terbaik,dan kawan2 yang lain..korang memang best la semua...moga ikatan ukhwah yang kita bina dalam masa tiga hari baru ini mendapat keredhoan ALLAH S.W.T..salam pengakap

Selasa, 11 Oktober 2011

KISAH PEMUDA


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Kerana MULUT Badan BINASA


Sabda Rasulullah S.A.W:-
“Percakapan antara kamu adalah amanat”
Wahai Insan yang bernama MANUSIA, Sebuah kata-kata hikmah: “LIDAH Anda Menentukan Siapa Diri Anda!”….Hari ini manusia lupa menjaga lidah, hari ini juga manusia lantang berkata-kata…tanpa usul periksa, tanpa rasa diri itu hanya ditaraf HAMBA! Bila hendak sedar??? Semakin hari semakin banyak membuat onar dan noda angkara sikap dan perangai manusia sendiri. ISLAM tidak mengajar menceritakan keBURUKkan orang di khalayak ramai, malah ISLAM menyuruh manusia menyimpan atau memelihara AIB (Malu) saudara SEISLAM. Lalu, di manakah kita sekarang? Pernah tak terfikir pepatah melayu ini….”Kerana PULUT Santan BINASA, Kerana MULUT Badan BINASA”…Pernah dengar? Ye, saya yakin ada pernah dengar namun tidak pernah ambil peduli.
Sekarang, mari kita lihat Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Rum Ayat 41 yang bermaksud:- “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Sedarlah wahai umat ISLAM…Kita Sendiri Sedar, Mengapa Umat Islam JATUH Sekarang, Angkara FITNAH Dari Saudara Sendiri. Bertaubatlah….pintu taubat Allah Masih terbuka LUAS pada hamba-Nya yang mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan. MASIH BELUM TERLEWAT, SELAGI ADA WAKTU….BERTAUBATLAH! Ini Sedikit Bingkisan kisah benar yang ingin saya kongsikan pada ANDA SEMUA…Baca dan hayati….
Beberapa minggu yang lalu, saya berpeluang pulang ke desa kerana menghadiri kenduri. Satu cara mengeratkan silaturrahim sebenarnya. Namun, apa yang terjadi…ada seorang Hamba Allah ini telah bercerita tentang keBURUKkan saudaranya sendiri. Yang lebih menyedihkan hati saya, ada tetamu yang hadir dan BUKAN saudara terdekat pada si pencerita tadi. Saya ingin menegur, namun saya mencari peluang bagaimana ingin menegur. Saya lihat tetamu yang hadir menggelengkan kepala pada si pencerita tadi namun sedar tak sedar sebenarnya si pencerita tadi telah membuka aib (malu) saudaranya kepada orang yang tak sepatutnya tahu. Dengan izin Allah, seorang dari mereka bertanya pada saya….”Wahai orang muda, apa komen kamu pada cerita ini tadi?”….Dengan tenang saya menjawab…”No Komen, AIB (malu) orang…..”, jawab saya ringkas. Semua tetamu bagaikan tersentak mendengar jawapan saya. Bukan niat untuk ‘kurang adab’ pada orang yang lebih TUA dari saya namun itulah cara yang terbaik di ajar oleh ISLAM. Ingat, “Dari BAYI Yang Kecil Sehinggalah Orang Tua Yang Besar, Kita Boleh Belajar SESUATU Dari Mereka.”
” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
Moga Sisipan ini menjadi satu wadah pada ANDA yang sudi membaca halaman saya ini. Ingatlah Wahai INSAN, Selama-lamanya KITA Tidak Akan Sempurna, Apa Yang Kita Boleh Lakukan TERUS Menjadi Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik! BERHIJRAHLAH Sebelum KIAMAT!

moga orang yang memfitnahku mendapat hidayah daripada ALLAH S.W.T

salam`alaikum..aku beterima kasih kepada orang yang membuat fitnah kepadaku..moga ALLAH memberi hidayah kepadanya...tak tahu dah nak cakap macam mana..nak pertahankan aku tak mampu dah..aku serah pada ALLAH S.W.T jela..takpelah aku sanggup hilang permata yang aku idami selama ini..walaupon tak menjadi kenyataan,aku bersyukur sangat2 sebat dapat jugak berhubung dengan dia walaupon tidak lama..trima kasih jugak la pada dia kerana sudi melayan kerenah aku..ape yang penting skang ni..aku taknak berdendam dengan sape2..walaupon ape yang terjadi aku perlu teruskan hidup sebagai hamba ALLAH..wallahu`alam

Isnin, 10 Oktober 2011

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA..~

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak hensem ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~p/s ALLAH tu MAHA adil SYAFIAH

Aku Cinta Allah

Ahad, 9 Oktober 2011

dah tak de pape dah..

pening pale doh ambe ni..dok melayan kerenah macam2 orang..rasenye nak jadi orang jahat la..bior la orang nak kate ape pon..janji ambe bahagia...mals doh nak pikir pasal hati ni..dok kecewa sokmo..dah nmpok mcm ok tapi perangai pelik2 plok..ambe rasa dia tu rase diri dia ferfect sangat kot...bior la dia dengan cara dia..ambe tak nak ambil tahu doh..hati ambe dah begitu tawor dah..walaupon dah lama negok2 kot boleh wat teman,tapi nmpok gayenye bukan pilihan yang tepat..ambe tak bape sesuai dengan orang yang baik2 ni..sebab ambe ni jahat...bior la dia dengan orang yang baik2..takde la ambe dok menyusoh ke dia dah...tue jela buat kali terakhir ambe dok cite pasal kesoh ambe ngan orang yang ambe penoh sayang..betol la orang kabo jangan terlalu sayang pada orang yang tak penoh sayang kat kita.takpela ambe tersilap langkoh skit...lain kali ambe dok buat doh..tobat dah weh..

Jumaat, 7 Oktober 2011

no komen..

bosan...bosan...bosan...sakit hati pon ade...dah malas nak pikir,tapi dia datang jugak dalam kepale otak ni...tension betol la mcmni..mcm mana tak tau nak selesaikan..nak buang jauh2 dalam pale otak ni..hari2 macam ni..boleh jadi gila aku ni..susah takde tempat nak bergantung hidup ni.takleh nak hendle sorang2.pening teramat sangat..arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggggg tensiooooooooooooooon aku..

Rabu, 5 Oktober 2011

erm nape la mataku malam ni takleh nak lelap...apa yang aku pikirkan ni...wal hal badanku amat letih sekali...adakah ini nikmat ALLAH kepadaku untukku terus mengabdikan diriku kepadanya selagi mataku belum terpejam untuk selamanya..YA ALLAH panjangkanlah umurku dan manfaatkanlah umurku dengan pekara yang baik,agarku bersedia untuk memulangkan nyawaku  yang di beri pinjam sementara waktu ini kepada mu YA ALLAH..YA ALLAH ampunkan dosaku.dosa kedua ibu bapaku,dosa ahli keluargaku,dosa sahabatku dan dosa seluruh umat islam yakni dosa yang kami sengajakan atau yang tidak disengajakan..pelihara kami dari azab api neraka mu YA ALLAH..

YA ALLAH satukan hati-hati kami.

susah kalau hidup ni takde kesefahaman diantara satu sama lain...sayang kalau sesuatu hubungan yang baik tu,tiba-tiba berpecah belah di sebabkan tiada kesefahaman..YA ALLAH bagilah pertunjukmu dan satukan hati-hati kami...segalanya belum pasti,hanya mu sahaja YA ALLAH yang maha mengetahui..aku tak mampu untuk mengembirakan hati semua orang,tetapi aku harap dapat menjaga  hati orang dengan sebaiknya,biarla aku berkorban demi hatinya walaupun hatiku tak tentu hala,moga ALLAH memberi aku kekuatan,hidup tidak selalunya indah langit tak selalu cerah,seperti manusia jugak ada pasang surutnya..YA ALLAH jika ia benar untuk diriku,maka aku berharap kepada mu YA ALLAH rapatkan hatiku dengan hatinya..jika ia bukan untukku aku redho dengan perancanganmu..

Untuk Bakal Isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapankau tercipta untukku..
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
“Wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”

Selasa, 4 Oktober 2011

puisi buat kekasih hati ku..

SAYANG...andai saat ini ilahi memanggilku kembali,ku harap kau tabah menghadapi,detik-detik dan liku hidup ini,kerana aku tidak mungkin berada di sisimu lagi.aku tak lagi dapat mengusap wajah manjamu itu.tak mungkin aku mampu lagi mengapai tanganmu lagi,apatah lagi untuk aku mencarik hatimu,dengan tinta-tinta kerinduan.warkah-warkah kasih sayang,irama-irama kesyahduan,bait-bait puisi riang dan baris-baris kenangan yang kita pernah simpulkan.SAYANG...andai saat ini,saat terakhir aku di sisimu,izinkan aku tatapi lirik wajahmu,izinkan aku mencuit senyum manja,izinkan aku selami hati-hatimu,izinkan aku padam luka-luka di jiwamu,biarkan sisa hidup ini dengan ku taburkan sedetik bahagia.agar kau takkan mudah mulapakan ku,kau takkan mudah meninggalkan cintaku,tak mudah kau usir rindu yang bertandang di saat ini,biar ia menjadi sejarah yang tidak mungkin engkau lupa,cukuplah sehingga kau belum berpunya,SAYANG..andai masa sudah mengakhiri.Andai saat yang di nanti tiba di hati.ku harap kau rela membiarkan ku pergi.ku harap kau cucuri rahmat dari ilahi,sentiasa bahagia dan hidup ceria,akan ku lihat kau dari jauh,jangan lupakan ku sekiranya kau sudah berpenganti.hulurkan doamu padaku tiap malam,agar aku bisa mendengar lagi,suara merdumu,hadiahkan ku bacaan yassin dan doa setiap kali kau akhiri tuntutanmu SAYANG....puisi buat habibti qalbi...

cinta itu tak terlihat...

kenapa kita menutup mata ketika tidur?ketika kita menangis dan ketika kita membayangkan...itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat,ketika kita menemui seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita.kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang di namakan CINTA,ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan,tapi ingatlah,melepaskan bukan akhir dari dunia,melainkan awal suatu kehidupan baru.kebahagian ada untuk mereka yang menangis,mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba,kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh hidup mereka.cinta yang agung adalah ketika menitisakan air mata dan masih peduli kepadanya.adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan penuh setia,adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kita bisa  boleh tersenyum sambil berkata.AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU.apabila cinta itu tidak berhasil bebaskan dirimu,biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi,ingatlah,bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya,tapi ketika cinta itu mati,kita tidak perlu mati bersamanya,